tak ada ummati ummati.. tak ada kisah pelik bin ajaib. hanya lah seorang hambaNya yang kembali ke pangkuan Ilahi.
salinan bab yang sama dari terjemahan e-book [download di sini]:
*****************
NAZAK
Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya, kemudian ku berikan siwak kepada Baginda, tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya”. Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: “Sebenar kematian ini ada sakarahnya” - al-Hadith.
Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :
Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada’ dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.
Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. “Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali”.
Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.
*****************
>> versi english [download di sini] pula menyebutkan:
*****************
THE PROPHET BREATHES HIS LAST:
When the pangs of death started, ‘Aishah leant him against her. She used to say: One of Allâh’s bounties upon me is that the Messenger of Allâh (Peace be upon him) died in my house, while I am still alive. He died between my chest and neck while he was leaning against me. Allâh has mixed his saliva with mine at his death. For ‘Abdur Rahman — the son of Abu Bakr — came in with a Siwak (i.e. the root of a desert plant used for brushing teeth) in his hand, while I was leaning the Messenger of Allâh (Peace be upon him) against me. I noticed that he was looking at the Siwak, so I asked him — for I knew that he wanted it — “Would you like me to take it for you?” He nodded in agreement. I took it and gave it to him. As it was too hard for him, I asked him “Shall I soften it for you?” He nodded in agreement. So I softened it with my saliva and he passed it (on his teeth).
In another version it is said: “So he brushed (Istanna) his teeth as nice as he could.” There was a water container (Rakwa) available at his hand with some water in. He put his hand in it and wiped his face with it and said: “There is no god but Allâh. Death is full of agonies.”
As soon as he had finished his Siwak brushing, he raised his hand or his finger up, looked upwards to the ceiling and moved his lips. So ‘Aishah listened to him. She heard him say: “With those on whom You have bestowed Your Grace with the Prophets and the Truthful ones (As-Siddeeqeen), the martyrs and the good doers. O Allâh, forgive me and have mercy upon me and join me to the Companionship on high.” Then at intervals he uttered these words: “The most exalted Companionship on high. To Allâh we turn and to Him we turn back for help and last abode.” This event took place at high morning time on Monday, the twelfth of Rabi‘ Al-Awwal, in the eleventh year of Al-Hijrah. He was sixty-three years and four days old when he died.
*****************
p/s: hati muslim mana yang tidak remuk membayangkan kesedihan di saat pemergian rasululLah.. ![]()
ditulis oleh: Ustaz Abu Umair
disalin dari: http://abuumair1.wordpress.com/2009/01/04/panduan-berinteraksi-dengan-khilaf-ulama/
Sebagai orang awam yang bukan bertaraf mujtahid, kadangkala kita merasa kebingungan apabila berdepan dengan suatu masalah feqah yang ada perselisihan pendapat. Kerana bagi orang awam, apabila berdepan dengan satu masalah feqah yang tidak diketahui hukumnya, dia mesti merujuk kepada para ulama untuk mendapatkan penyelesaian. Inilah yang diarahkan oleh al-Quran dalam ayat yang bermaksud, “Maka bertanyalah kepada ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahui” (Al-Nahl: 43).
Tetapi, bagaimana pula jika antara jawapan para ulama, para mufti, atau para ustaz terdapat percanggahan antara satu sama lain? Yang mana satukah yang paling betul untuk dipegang? Adakah boleh dia memilih mana-mana pendapat mengikut kesesuaian dirinya? Atau dia wajib memilih pendapat yang paling sahih? Jika wajib memilih pendapat paling sahih, bagaimana seorang awam mampu menilainya sebagai sahih?
Penyelesaian kepada persoalan ini ialah perlunya kita mengetahui kaedah berinteraksi dengan khilaf ulama. Kaedah-kaedah ini dibuat supaya orang awam tidak kebingunan dan akhirnya mengambil jalan mudah iaitu pilih mana-mana pendapat yang disukai. Memilih mana-mana pendapat tanpa ada prinsip adalah satu tindakan yang salah. Ia ditegah oleh sekalian ulama.
Ibn as-Solah berkata, “Ketahuilah, sesiapa yang memadai dalam fatwa dan amalannya dengan mengikuti satu-satu pendapat dalam suatu masalah, dan beramal dengan mana-mana pendapat yang disukai, tanpa melihat dan bergantung kepada kajian dalam mentarjihkannya, maka sesungguhnya dia adalah jahil dan melanggar ijmak”.
Manhaj yang perlu dilalui dalam menyaring dan memilih pendapat para ulama, ialah berpandukan kaedah-kaedah di bawah:
PERTAMA: Apabila terserlah bahawa satu-satu pendapat lebih kuat dan rajih berbanding pendapat-pendapat lain, berdasarkan dalil masing-masing, maka hendaklah memilih pendapat yang paling kuat dalilnya.
Bagi orang awam, dua orang mujtahid yang berselisih pendapat diibaratkan sebagai dua dalil yang bercanggahan. Sebagaimana seorang mujtahid wajib membuat pemilihan antara dalil-dalil, begitulah seorang awam mesti membuat pemilihan antara pendapat dua orang mujtahid.
Timbul persoalan, bukankah orang awam tidak mampu untuk mentarjih (memilih pendapat)? Ya, Orang awam tidak dituntut mentarjih seperti kaedah mujtahid mentarjih. Ia cukup rumit. Orang awam hanya mentarjih antara dua pendapat yang muktabar. Lagipun, tidak benar mengatakan orang awam langsung tidak mempunyai kemampuan memilih atau memahami dalil. Walaupun tidak menyamai taraf mufti dan mujtahid, sekurang-kurangnya dengan mendengar hujahan mereka, seorang awam dapat membuat keputusan pendapat mana yang dilihat kuat.
Jika tidak mampu untuk melihat kekuatan pendapat berdasarkan hujahan masing-masing, maka hendaklah berpindah kepada kaedah seterusnya.
KEDUA: Mengambil pendapat majoriti ulama, dan ditarjihkan oleh ramai ahli ilmu. Kerana dengan cara memilih pendapat kebanyakan ulama, kemungkinan untuk berlaku kesilapan adalah lebih tipis, berbanding dengan mengambil pendapat yang dipilih oleh segelintir atau beberapa ulama sahaja.
Jika kaedah ini tidak dapat diaplikasi disebabkan bilangan yang sama atau hampir sama, sehingga tidak kelihatan salah satu pendapat mempunyai kelebihan dari sudut bilangan mujtahid yang mendokongnya, maka hendaklah berpindah kepada kaedah yang seterusnya.
KETIGA: Mengambil pendapat ulama yang dilihat lebih tinggi ilmunya dan kelihatan lebih warak dan bertaqwa daripada yang lain. Kerana taqwa kepada Allah adalah salah satu faktor mendapat petunjuk Allah kepada pendapat yang lebih benar.
Ketinggian ilmu dan ketaqwaan seseorang ulama boleh diketahui berdasarkan kemasyhurannya, rujukan penuntut ilmu terhadapnya, atau melalui pengalaman kita mendengar dia menjawab soalan dan menyebut hujahan.
Jika orang awam tidak mengetahui perihal keilmuan dan ketaqwaan antara muft-mufti, dan baginya mereka sama sahaja, maka hendaklah berpindah kepada kaedah seterusnya.
KEEMPAT: Mengambil pendapat yang paling berjaga-jaga atau paling selamat (Ihtiyath). Contohnya, mufti A berfatwa hukum sesuatu masalah ialah wajib, dan mufti B berfatwa hukumnya sunat. Berdasarkan kaedah ini, hendaklah memilih pendapat mufti A kerana ia lebih berjaga-jaga. Begitu juga antara fatwa haram dan harus, hendaklah memilih fatwa haram kerana lebih selamat.
Diriwayatkan bahawa Al-Laits bin Saad berkata, “Apabila datang perselisihan, kami mengambil yang paling ihtiyath (berjaga-jaga atau selamat)”.
Jika kaedah mengambil langkah jaga-jaga tidak boleh digunakan kerana tidak jelas, atau mengambil pendapat yang berjaga-jaga membawa masyaqqah, maka bolehlah berpindah kepada kaedah terakhir.
KELIMA: Mengambil pendapat yang paling mudah antara pendapat-pendapat yang muktabar. Kerana dimaklumi bahawa syariat Islam dibina di atas prinsip memudahkan dan tidak memberatkan umat. Banyak ayat-ayat Quran dan hadis yang menjelaskan prinsip ini. Nas-nas itu menjadi saksi bahawa boleh mengambil pendapat yang paling ringan dalam situasi kepayahan.
Tetapi kaedah memilih pendapat paling ringan hanya boleh diaplikasi setelah keempat-empat kaedah sebelum itu tidak dapat digunakan. Jangan terlalu mudah melangkah kaedah-kaedah tersebut untuk mencapai kaedah terakhir ini. Seseorang yang terlalu kerap menggunakan kaedah mengambil pendapat mudah, perlu memperbanyakkan muhasabah adakah dia benar-benar memahami manhaj ini?
PENUTUP:
Demikian manhaj yang perlu dilalui oleh seseorang yang bukan mujtahid dalam berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat di hadapannya. Lima kaedah yang perlu diikuti, supaya pemilihan satu-satu pendapat adalah berdasarkan prinsip dan bukan hawa nafsu semata-mata. Lima kaedah tersebut ialah:
i- Yang disokong oleh dalil.
ii- Yang disokong oleh majoriti.
iii- Yang lebih alim dan bertaqwa.
iv- Yang lebih berjaga-jaga.
v- Yang lebih ringan.
Wallahu A’lam.
Rujukan:
- Ikhtilaf Al-Mufteen, oleh: as-Syeikh as- Syarif Hatim
Episod Pembukaan: Kejutan
Pesanan ditulis ringkas kepada Ezry. “Salam ‘alaik. Ana akan berangkat ke rumah antum dalam 10 minit lagi. Harap bersedia ya?”
Tidak sampai beberapa minit, pesanan tersebut berbalas, “Kami sudah siap dari tadi lagi. Sekarang tinggal menunggu anta sampai”
Kereta Suzuki Swift hijau gelap edisi lama itu meluncur laju di sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 sehingga susur keluar berhampiran Taman Sri Ukay. Aku terus memandu menembusi kawasan AU Keramat sehingga tepat di depan rumah Ezry.
Tanpa melengahkan masa, aku melangkah keluar membuka ruang belakang kereta aku. Setelah bersapa ringan tanda ukhuwah, Ezry dan Edli dengan lekas memasukkan beg-beg mereka. Kemudian, kami pun berlalu. Ibu Ezry berpesan, “Hat-hati pandu kereta tu Syarief!”. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.
Kami keluar sebentar di susur keluar Bangi menantikan seorang lagi sahabat, Hasan (Antikent). Sangkaan aku meleset. Dibayangkan tol bangi terdapat ruang untuk buat putaran sebelum bayar tol. Ternyata tidak ada. Selepas bayaran dibuat barulah disediakan ruang untuk membuat putaran.
Hasan dihantar adiknya dengan Wira kelabu. Sambil menyusun barang untuk mengisi beg hasan ke dalam kereta, aku menerima panggilan dari nombor yang tak dikenali.
Pemanggil tersebut memulakan perbualan. “Assalamu ‘Alaikum. Syarief, ni ana Fuad (fawau). Anta di mana sekarang?”
Aku segera membalas mesra, “Wa ‘Alaikumus Salam Wa RahmatulLah. Owh, Fuad, ana di tol Bangi sekarang. Jemput sahabat yang berminat untuk turut serta di dalam daurah. Selepas ini, kami akan terus bertolak ke Melaka”
Suara Fuad kelihatan serba-salah, “Oh. Anta dah di jalan ke? Faridz baru telefon ana beritahu yang anta akan pergi ke Melaka. Ana baru ingat nak menumpang kereta anta. Tapi..”
Aku segera memotong kata-kata Fuad, “Baiklah. Kami boleh sahaja singgah ke Cyberjaya dulu. Anta bersiap terus. Kami akan menuju ke MMU sekarang”
Nada lega jelas kedengaran, “Baiklah”
Kami terus menuju ke Cyberjaya untuk menjemput Fuad. Kami sudahpun terlewat setengah jam dari jadual asal rancangan perjalanan kami. Terdapat sebuah kenderaan lagi yang berhasrat ingin mengikut kami.
Rencana asal mereka ingin menunggu kami di susur keluar Tol Simpang Ampat. Kemudian bersama-sama konvoi terus ke Madrasah Darul Hadis. Tapi, rancangan terpaksa diubah. Kami sarankan mereka pergi terus ke lokasi daurah dengan bantuan Masri dan Arif yang telah berada di sana.
Hampir pukul 1, kami tiba di tol Simpang Ampat. Panduan ringkas yang Masri berikan pada iklan promosi program menjadi peta dalam minda kami.
“Petunjuk arah secara ringkas dari Tol Simpang Ampat:
Dari tol Simpang Ampatà Ke Roundabout, ambil kiri (pukul 9)–>Sila ikut lorong kanan sehingga bertemu lampu isyarat, dan belok kanan –>Teruskan perjalanan (jangan belok ke mana-mana, jalan terus) hingga bertemu dengan Pekan Brisu, belok kiri –>Teruskan perjalanan, pandu dengan perlahan-lahan, anda akan bertemu dengan masjid (di sebelah kanan) dan teruskan hingga bertemu dengan tanah perkuburan Islam (di sebelah kiri), Madrasah Darul Hadis di sebelah kanan anda.” (Rujukan: intisonline.com)
Melihatkan waktu Solat Jumaat akan masuk tidak lama lagi. Kami berhenti di Masjid Sungai Buloh. Di sana, kami bertemu dengan Masri dan Arif yang telah dimaklumkan tentang ketibaan kami oleh Ezry. Perjalanan seterusnya diketuai oleh Masri sehingga tepat sampai di perkarangan Madrasah Darul Hadis yang bersejarah itu.
Ia hanyalah satu dewan kecil memanjang. Tepat di tepi jalan. Di belakangnya sebuah padang kecil berlumpur. Menjadi permainan kawanan kerbau di petang hari.
Kereta yang yang mendahului kami tadi telahpun sampai di Markaz Pas. Lokasinya agak jauh ke dalam. Berhampiran ladang getah. Dua kali belok kanan dari jalan utama.
Empat siswi merangkap jawatankuasa penganjur sibuk membuat persiapan. Markas tersebut akan menjadi penginapan peserta-peserta siswi. Manakala peserta-peserta siswa akan bermalam di dewan madrasah.
Kami berenam melihat-lihat sekeliling lokasi tersebut. Aku cuba membayangkan perjalanan program sepanjang dua malam yang mendatang.
Syukur ke hadrat Allah subhanahu wa ta’ala, dapat lagi kami berkumpul di atas usaha untuk mendalami ilmu dan memperbaiki diri kami. Daripada ianya tersia-sia dengan aktiviti yang tak pasti. Sekurang-kurangnya pejalanan jauh musafir ini dapat membuka mata kami. Agar lebih mengenal nilai dan erti kehidupan yang lebih bermakna.
Dari penempatan siswi, kereta Wira milik salah seorang wakil jawatankuasa daurah tiba di perkarangan madrasah. Setelah berbincang tentang pembahagian tugas, Masri menjemput kami semua untuk ke rumah pakciknya yang agak berdekatan, “Jom makan tengah hari kat rumah pakcik aku”
Semua diam dan terus melangkah keluar madrasah tanda setuju.
Fikirku, “Rezeki jangan ditolak”
Masing-masing sudah membayangkan berada di rumah kampung dan dihidangkan nasi dan lauk-pauk masakan Melaka di atas meja.
Setiba di situ, barulah kami tahu yang ianya sebuah kenduri. Penduduk sekitar berkumpul sambil menghidangkan lauk hasil sembelihan sewaktu Raya Korban yang baru beberapa hari berlalu.
Fuad berkomentar, “Kenduri rupanya. Cara masri cakap tadi macam kita je yang dijemput untuk makan tengah hari”. Kami semua tersengih tak membantah. Kam terpaksa ubah paradigma fikiran dan emosi, daripada suasana makan tengah hari kepada suasana kenduri. Mudah sahaja. Dua-dua pun untuk isi perut yang kelaparan. Cuma bezanya kalau dalam kenduri, lebih ramai watak dan kerenah yang perlu kita ambil perhatian dan layani. Termasuklah seorang pakcik berbaju biru berkopiah yang kelihatan bisu dan tempang bila berjalan.
Selesai makan bubur pulut hitam. Kami pun beransur pulang ke madrasah. Setelah bersapa dan bersalaman dengan tuan rumah, kami terus menaiki kenderaan masing-masing. Kereta aku penuh 5 orang. Masri dan Arif membonceng motor. Dan 4 siswi di dalam Wira.
Dalam perjalanan pulang tersebut, kami berselisih dengan pakcik bisu tersebut. Di kenduri tadi, dia dengan ramah mengangkatkan jag air untuk tambahan air Masri. kelihatan mesra orangnya. Namun sayang, untuk membalas budi beliau, aku tak dapat nak menumpangkan beliau ke dalam kereta aku yang penuh.
Jauh kelihatannya dia akan berjalan. Sekadar perselisihan itu, kami masih tak melihat bayang rumah di kawasan berdekatan. Di hadapan sedikit baru kelihatan beberapa buah rumah. Kami semua membuat sangkaan, “Rumah dia kat sini kot?” Pakcik tadi telah tidak lagi kelihatan. Jauh di belakang. Mungkin termengah-mengah berjalan di bibir jalan.
Edli menambah prolifik sangkaan, “Kalian jangan main-main dengan pakcik tu. Maqam tinggi tu. Jalan jauh tak rasa apa pun. Kawasan kampung macam ni, macam-macam orang ada. Mesti dia murka kita tak tumpangkan dia”. Fikiran kami mula bermain tayangan fiksyen. Maklumlah kawasan kampung selalu dinisbahkan dengan hikayat-hikayat yang misteri. Sambil berseloroh pelbagai tambahan riwayat dilontarkan bagi merancakkan perbualan sepanjang perjalanan pulang ke madrasah. Aku dalam diam menyimpan perasaan ragu-ragu. Doaku semoga tiada perkara yang tak diingini berlaku sepanjang program ini.
Setibanya di madrasah darul hadis. Kami segera keluar dari kenderaan. Masri dan Arif telah lebih dahulu tiba. Entah bila mereka memintas keretaku, aku sendiri tak sedar. Ezry yang perasan kerut di dahiku terus berkata, “Mereka pintas kereta anta tadi, anta tak perasan”
Tak lama selepas kami keluar dari kenderaan. Edli bersuara kuat mengejutkan, “Woi. Kalian tengok tu. Tu pakcik yang tadi kan? Dia dah sampai rumah dah.” Semua mata beralih ke sebuah rumah berjarak tak lebih 100 meter dari madrasah. Susuk tubuh itu baru sahaja membuka pagar rumahnya. Aku tak percaya, “Tak mungkin pakcik tu dah sampai. Orang lain kot?” Ketika beliau mula berjalan, kami semua terkejut melopong. Tempang. Pakaiannya sama. Memang orang yang sama.
Padahal tadi jauh telah kami tinggalkan dia. Berjalan kaki pulak tu. Difikirkan secara logik beliau sepatutnya belum tiba. Kalau berlaripun, mungkin 10 ke 15 minit diperlukan untuk jarak sejauh itu. Malah tak terlihat tanda kepenatan pada pergerakan pakcik tersebut dari jauh.
Kalaupun mungkin ada kenderaan yang menumpangkan pakcik tersebut, kami tak melihat sebarang kenderaan sama ada kereta atau motor yang menyusul selepas kami tiba di madrasah.
Edli terus cuba meyakinkan kami dengan nada sedikit berseloroh, “Kan aku dah cakap. Dia tu wali!!”
bersambung (kalau rajin).. 
“teruskan menulis dengan bahasa yang manis, agar dapat diterima juga oleh mereka yang bengis, akhirnya mereka juga berwajah manis” - MODARIS (Riwayat ‘Shoutbox‘)
agak sakit untuk menulis bila terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. setiap satu ingin diluahkan tapi tak berjaya. kerana setiap mainan fikiran itu buntu tak berpenghujung. masih terawang-awang mencari erti sebenar di sebalik kehadirannya.
akhirnya, serangkap kata dari akh razak membuatkan saya terpana seketika. mungkin dah lama terlakar di shoutbox tersebut. cuma, detik ini ia memberikan satu ketukan kepada saya untuk meluahkan buah fikiran saya.
rosak bahasa
semudah bahasa itu dipelajari sejak kita dilahirkan sehingga kita dewasa, semudah itu jugalah bahasa diperlekehkan. menguasainya dianggap remeh. menyampaikannya dianggap membuang masa. mungkin tak semua. tapi dalam tak sedar, ramai yang menyatakan persetujuan tanpa angguk dan kata setuju.
kata-kata potong. perkataan kesat. percampuran bahasa. kebanyakannya merosak. mengakibatkan satu pencemaran. yang akhirnya membinasakan sebuah bangsa. yang satu waktu dahulu diHIDUPkan oleh bahasa yang sama.
kerana beralasankan masa dan keadaan semasa. tiada yang peduli. yang penting.. ‘ko fhm pe ak ckp‘. yang penting ruang kotak sms itu tak terlebih. yang penting jimat.
tapi, harga yang perlu dibayar ternyata lebih besar. bangsa hilang identitinya. generasi kemudian memandang bahasa itu tiada nilainya. bila menulis banyak silapnya. kerana hidupnya penuh dengan kata singkat seperti ko, ak, apsl, lak, drp, cner dan lain-lain lagi. bila nak mengeja pun lupa. bila nak dicari perkataan yang dimaksudkan tak jumpa.
kerana bahasa mula dipandang hina.
bahasa punya daya pemikat
jika manis susun katanya dan tertib atur intonasinya. ianya bakal memikat hati yang mendengarnya. menarik jiwa yang membacanya. melunturkan ego yang menyelubungi dirinya. bukankan ini manhaj dakwah yang dipelihara Rasulullah. kata yang manis dan singkat dari bibir baginda mampu menghasilkan berjilid tulisan buat tauladan umat.
sebagaimana Quran diturunkan di dalam bahasa yang indah memikat. saban ribuan tahun berlalu. tidak pernah bahasanya tercemar. malah menjadi pemangkin kebangkitan bangsa yang agung. memperluas empayar. disegani seluruh mata tamadun manusia.
sehinggalah sekarang. bahasa al-Quran tetap kekal indah. dan tidak pernah ada insan yang mempertikaikan kekunoannya kerana lamanya bahasa tersebut. malah ia tetap dipuji dikaji kerana masih banyak hikmah yang belum terungkai di sebalik kalimat-kalimat yang penuh siratan itu.
itulah kehebatan mengekalkan keaslian bahasa.
contoh
mengingat kembali pesan puan ainon. beliau mengambil contoh bagaimana tulisan-tulisan seperti Lord of the Rings dan Harry Potter. yang asalnya hanya tulisan penuh khayalan. tapi kerana indah bahasanya. dengan mudah ia diterima dunia. sehingga berjaya diputar di layar perak. menjadi filem-filem yang menarik jutaan peminat seluruh dunia.
kerana apa? kerana bahasanya mudah untuk difahami. tidak memihak kepada satu-satu golongan sahaja. penterjemahan mudah dilaksanakan. dan umur karya tersebut kekal panjang. sehingga mampu diulang cetak. dan filemnya tetap memberikan impak hebat walaupun berulang kali ditonton.
melihat jiran tetangga melahirkan novel Ayat-ayat Cinta dan Laskar Pelangi. diulang cetak berpuluh kali kerana tak putus tali pembacanya. kerana bahasanya indah dan berkualiti. sehingga mampu menembusi rantau nusantara. dan akhirnya juga turut mencapai peringkat difilemkan. nilai-nilai estetika kekal menular melalui bahasanya yang terjaga. tidak tercemar oleh pesatnya globalisasi yang kononnya menghambat kita supaya tak ketinggalan.
tak tinggal juga hasil karya seniman P. Ramlee melalui filem-filemnya yang kekal dipuja. berulang kali diputarkan. tak pernah kering gusi dibuatnya. walaupun hitam putih tetap menjadi layarnya.
antara faktor utamanya juga adalah bahasa. kekal tinggi tanpa dirosakkan.
perosak tak kekal
lihat sahaja sebarang karya yang rosak di sisi bahasanya. umurnya pendek. tidak dapat bernafas panjang. kerana ia hanya dapat dikenal buat satu waktu yang finit. dapat difahami oleh satu generasi yang jumud.
kerana bahasa yang rosak sering berubah mengikut aturan masa. pada waktu ini, satu perkataan baru yang mereka cipta dianggap signifikan. pada waktu yang lain perkataan baru pula menggantikannya.
mampukah
berapa ramai di kalangan kita mampu menulis satu muka surat dalam perisian microsoft word tanpa melakukan kesilapan pada ejaan atau struktur ayat. hatta diri ini pun tak terkeluar dari lingkungan tersebut.
ini sekadar menyiarkan apa yang saya rasakan perlu diberi perhatian di samping perkara-perkara lain. aspek bahasa yang sebenarnya signifikan tetapi di’anak tiri’kan kerana dianggap ketinggalan zaman.
akhir kata, ‘cintailah bahasa kita’.
allahu a’lam
BERBOHONG adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar.
Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik. Bohong saudagar dan ahli politik merosakkan harta orang, tetapi bohong pembaca hadis palsu merosakkan agama. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Hadis palsu adalah hadis yang direka atau diadakan-adakan, sedangkan ia tidak berasal daripada Rasulullah SAW. Banyak hadis rekaan ini dibaca oleh para penceramah yang jahil. Sehingga saya selalu menegur seorang ‘ustazah tv’ yang sering membaca hadis-hadis jenis ini untuk hidangan penonton.
Mungkin ada pembaca hadis palsu merasakan mereka tidak bersalah, sebab mereka hanya memetik daripada buku-buku mereka baca yang memuatkan hadis-hadis palsu. Maka mereka merasakan mereka hanya menyebarkan, maka tidak patut dipersalahkan. Mereka lupa penyebar hadis palsu sama ada menerusi ucapan atau tulisan, dia dalam masa yang sama sebenarnya menipu orang lain apabila menyandar sesuatu perkara kepada Nabi SAW tanpa bukti yang sah. Pendengar akan terpedaya lalu mengamalkan perkara yang dianggapnya daripada Nabi SAW, sedang ia bukan seperti yang disangkakan.
Al-Imam Ibn Hibban (w. 354H) dalam kitab sahihnya meletakkan satu pasal yang beliau namakan:
Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Nabi Muhammad) SAW, sedangkan dia tidak tahu mengenai kesahihannya (Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, 1/210).
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya.
Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”.
Ramai ulama hadis telah menghukum dengan ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj: Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang bertanyakan beberapa hadis, antaranya: hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya - disandarkan kepada Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang).
Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”.
Ketika ditanya Ibn Hajar al-Haithami mengenai seorang khatib yang menaiki mimbar setiap Jumaat dan meriwayatkan hadis-hadis tanpa diterangkan sumber dan kedudukannya, maka jawabnya: “Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis. Adapun jika dia hanya bergantung kepada kitab atau ucapan yang penulisnya bukan ahli hadis, maka tidak halal (berbuat demikian).
Sesiapa yang melakukannya dita‘zirkan dengan keras. Inilah keadaan kebanyakan khatib. Mereka semata-mata hanya melihat khutbah yang mengandungi hadis-hadis, lalu mereka hafal. Mereka berkhutbah menggunakan hadis-hadis tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya. Maka wajib ke atas pemerintah di setiap negeri menghalang para khatib dari berbuat demikian”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322).
Mengapa bohong menggunakan nama Nabi SAW amat dilarang sekalipun dengan niat yang baik? Ada beberapa sebab yang dapat saya simpulkan. Antaranya, jika pendustaan menggunakan nama orang biasa diharamkan, apatah lagi menggunakan nama seorang rasul. Pendusta hadis palsu menyamakan rekaannya dengan wahyu, atau nilai kerasulan yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW. Pendustaan jenis ini juga menghilang kehebatan dan keaslian agama. Agama yang hilang keasliannya, tiada nilainya lagi. Ia menyebabkan Islam yang bersumberkan wahyu sama seperti agama rekaan yang bersumberkan pemikiran dan khayalan manusia.
Ditambah lagi, pendustaan ini bererti penipuan terhadap pencinta Islam yang mungkin tertipu lalu mempercayai pendustaan itu. Mereka akan mengamalkan pendustaan itu dengan keyakinan ia tuntutan agama, padahal ia kepalsuan. Sedangkan mereka inginkan keaslian. Bahkan, pendustaan itu bererti pengkhianatan terhadap syariat yang diturunkan.
Jika pendustaan itu mempunyai unsur-unsur jahat, maka ia jenayah yang menyebabkan manusia hilang keyakinan terhadap agama. Atau menyebabkan manusia mengamalkan agama dalam bentuk yang salah. Jika pendustaan itu menokok tambah unsur-unsur yang dianggap baik, pendustaan seakan menganggap agama yang diturunkan Allah belum lengkap, justeru memerlukan nas-nas tambahan dan rekaan.
Dalam sejarah, bukan sedikit kesan buruk hadis palsu yang dipalitkan kepada Islam yang suci ini. Contohnya, hadis rekaan: “Ayam jantan putih adalah kawanku, ia juga kawan kepada kawan ku. Musuh ayam jantan putih adalah musuhku dan musuh kepada musuhku”.
Hadis palsu ini kelihatan sangat lekeh dan menghina Rasulullah. Tidak mungkin keluar dari mulut seorang nabi perkara yang sebegini. Mungkin ia direka oleh penggemar ayam jantan putih. Sebenarnya, semua hadis yang berkaitan dengan kelebihan ayam jantan putih adalah tidak benar sama sekali. (lihat: al-Jarahi, Kasyf al-Khafa, 2/422). Malangnya, dalam masyarakat kita ada kesan hadis palsu ini. Sesetengah kepercayaan dan bomoh mempercayai kelebihan ayam jantan putih untuk dibuat ubat dan seumpamanya.
Demikian juga pemalsuan hadis telah menjadikan ajaran al-Quran dan al-Sunnah seakan bertentangan antara satu sama lain. Padahal yang bertentangan itu hadis yang palsu. Contohnya, hadis palsu “anak zina tidak akan masuk syurga”. Dahulu, ramai yang menganggap keji dan tiada peluang untuk kebaikan. Akibat daripada hadis-hadis palsu seperti yang dibaca oleh sesetengah pihak. Sehingga ada yang menyebut hadis palsu lain: Anak zina tujuh keturunan tidak akan masuk syurga.
Sedangkan Allah menyebut dalam Surah al-Isra ayat 15 yang bermaksud:
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk yang didapatinya itu hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
Jelas, mana mungkin anak zina dihukum disebabkan perbuatan kedua ibu bapanya?! Ini mencemarkan penegasan al-Quran tentang keadilan Allah yang tidak menghukum seseorang atas kesalahan orang lain. Juga ia menyebabkan si anak zina kecewa dengan Nabi SAW.
Demikian saya amat dukacita apabila diberitahu ada penceramah kursus perkahwinan membaca hadis palsu kononnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menyetubuhi isteri atau jariahnya, maka jangan dia melihat pada kemaluan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan buta.
Maka ‘demam’ pasangan yang ingin berkahwin mendengar hadis palsu ini. Sementara yang dah lama melihat kemaluan isterinya kehairanan kerana dia masih belum buta. Lalu mungkin disangkakan Nabi SAW memberitahu sesuatu yang tidak benar. Sebenarnya, pereka hadis palsu itu yang berbohong dan ustaz pembaca hadis palsu tersebut menyebar kebohongan.
Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al- Mukminun ayat 1-6: (maksudnya)
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Mengulas hadis tadi, kata tokoh ilmuwan hadis, al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h:
Penilaian yang betul akan menunjukkan kebatilan hadis ini. Ini kerana dari segi persetubuhan, pengharaman melihat faraj isteri bererti pengharaman kepada wasail (faktor-faktor ke arah persetubuhan). Jika Allah menghalalkan suami menyetubuhi isterinya, apakah logik untuk dia dilarang melihat kemaluan isterinya. Demi sesungguhnya tidak!
Ini dibuktikan dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah, katanya: Aku dan Rasulullah pernah mandi bersama dari satu bekas air. Maka dia mendahuluiku sehingga aku kata: tinggalkan untukku! tinggalkan untukku!) Riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain mereka.
Jelas daripada hadis ini harus melihat kemaluan isteri. Ini dikuatkan oleh riwayat Ibn Hibban melalui Sulaiman bin Musa yang apabila ditanya mengenai suami yang melihat kemaluan isterinya, dia menjawab: “Aku pernah bertanya hal ini kepada ‘Ata. Kata ‘Ata: Aku pernah bertanya ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah pun meriwayatkan hadis di atas” (Al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at,, 1/353).
Contoh lain kepalsuan yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam; hadis-hadis yang menyatakan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip Islam bahawa syurga dan neraka dinilai melalui amalan soleh. Ahli syurga adalah golongan yang beriman dan soleh. Sementara dimasukkan ke dalam neraka ahli maksiat walau apa nama dan panggilannya.
Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah:
“Ini bercanggahan dengan apa yang diketahui dari agama Nabi SAW iaitu; bahawa neraka tidak dapat dielakkan darinya dengan nama dan gelaran. Sebaliknya, yang menyelamatkan dari neraka ialah iman dan amalan soleh”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al- Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, m.s. 57).
Namun, ada mempercayai bahawa nama yang baik sahaja boleh masuk syurga. Saya pernah mendengar penceramah agama yang menyatakan siapa nama ‘Ghazali’ mudah masuk syurga sebab sama dengan nama ulama. Inilah satu daripada salah faham terhadap agama.
Hari palsu juga mewujudkan khurafat yang pelbagai. Dulu ada orang Melayu yang menganggap Hari Rabu akhir bulan adalah hari mudah ditimpa nahas. Ini semua disebabkan hadis palsu yang menyebut hari Rabu terakhir bagi setiap bulan adalah hari nahas yang berterusan. Ini adalah hadis palsu. (Lihat: al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at, 4/88.)
Menjadikan sesiapa yang percayanya ketakutan tanpa sebab dan memandulkan urusan kehidupan. Bahkan isi kepalsuan ini menyanggahi realiti yang kita saksikan. Betapa banyak hari Rabu akhir bulan datang dan pergi sedangkan kedatangan musibah tidak pernah memilih hari. Ia adalah ketentuan Allah SWT semata. Malang sekali apabila ada penceramah motivasi yang membaca hadis ini sebagai tips-tips penting dalam mengatur hidup, kononnya elakkan hari Rabu terakhir dalam bulan Islam bimbang nanti ditimpa nahas.
Hadis-hadis palsu telah merosakkan imej Islam. Namun ramai yang belajar agama tidak mempelajari ilmu hadis atau merujuk kepada ulama hadis telah tersasul dengan membaca hadis-hadis palsu ini. Sehingga dalam laman web pihak yang berlogokan kemajuan Islam pun dimasukkan hadis palsu. Agama menjadi keliru disebabkan hadis-hadis yang seperti ini.
Maka kita sepatutnya selalu mengingati amaran Nabi SAW kepada para sahabah baginda:
Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (Riwayat Muslim).
http://drmaza.com/home/?p=477
salam ‘alaik..
pernah dengar atau baca tak nama seperti abu ammar, abu usamah, ummu umair, ummu fatimah dan sebagainya. tapi, kita tahu nama sebenar mereka bukan itu. apa ke he? inilah yang disebut sebagai kunyah.
ha. rasa macam lucu pula dengan tajuk kali ni. ‘abu bla bla’ dan ‘ummu bla bla’. di penghujung bulan ramadhan ni, terfikir pula nak berkongsi tentang tajuk kunyah (dalam bahasa arab - كنية ).
ada apa dengan kunyah?
kunyah ialah nama gelaran yang dinisbahkan kepada anak lelaki yang paling tua. tentulah dalam bahasa arab. sebab tu mulanya dengan abu ‘bla bla’ (bagi lelaki) atau ummu ‘bla bla’ (bagi perempuan).
abu ( اب ) di dalam bahasa arab bermaksud ayah atau bapa. jadi bila letak ‘abu bla bla’ bila diterjemah jadi ‘bapa kepada bla bla’. contohnya kunyah saya sendiri iaitu abu umar ( ابو عمر ) atau abulharith ( ابو الحارث ) dan sebagainya.
umm ( ام ) pula bermaksud emak atau ibu. jadi, bila diletakkan ‘ummu bla bla’ pula diterjemah jadi ‘emak kepada bla bla’. contohnya seperti umm ‘abdillah ( اُم عبد الله ), umm ahmad ( اُم احمد ) dan sebagainya.
sebab tu ianya sesuai hanya dalam bahasa arab. tak pasti la kalau dalam masyarakat melayu ada adat sebegini.
ada pun panggilan pak ali, pak din, mak jah, mak som, tidak dianggap sebagai kunyah. ini semua dinisbahkan kepada nama mereka sendiri iaitu ali, saifuddin, halijah dan kalsom*.
kalau pak tam, pak jang, mak teh, mak dak, juga bukan di bawah kategori kunyah. sebab ianya dinisbahkan kepada sifat-sifat fizikal atau kebiasaan mereka seperti kulit yang agak gelap (pak tam yang agak hitam), tinggi lampai (pak jang yang panjang), kulit putih cerah (mak teh) dan suka pakai bedak (mak dak - entah ada ke tidak, yang ni saya reka sendiri)*.
* - (nama-nama ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mereka yang hidup atau yang telah meninggal dunia)
dan yang sinonim juga dengan masyarakat melayu adalah panggilan pak lang, pak ngah, mak su yang kita maklum dinisbahkan pada kedudukan adik-beradik sama ada yang sulung (dipanggil pak long atau mak long), tengah, bongsu dan seterusnya.
kembali kepada isu kunyah, dari mana datangnya?
kunyah merupakan adat masyarakat arab yang kemudiannya menjadi sebahagian dari agama yang turut diamalkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.
malah baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menggalakkan kepada umatnya untuk berkunyah kerana ianya menjadi satu kebanggaan dan melahirkan sifat wibawa di kalangan masyarakat di atas tanggungjawab sebagai bapa atau emak.
adakah mesti ada anak dulu baru boleh letak kunyah?
telah thabit riwayat-riwayat yang menunjukkan kunyah juga dibolehkan bagi mereka yang bujang dan tak ada anak. hatta kepada budak-budak sekalipun boleh diberi kunyah.
seperti isteri nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, ‘aisyah radhiyallahu ‘anha berkunyahkan ummu ‘abdillah (HR Abu Dawud dan Ahmad) sedangkan beliau tidak mempunyai anak.
juga kepada adik Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu yang ketika itu masih kecil dipanggil nabi dengan kunyah Abu ‘Umair (HR Bukhari dan Muslim).
belum lagi para imam seperti al-imam an-nawawi (abu zakariyya), al-imam ibn taimiyyah (abul ‘abbas), al-imam ath-thobari (abu ja’far).. mereka semua telah berkunyah semasa bujang dan telah ditakdirkan Allah meninggal sebelum sempat bernikah kerana tenggelam dalam lautan ilmu. masya Allah..
maka, jangan lah segan-segan nak letak kunyah. tak perlu bimbang dan gusar. malah ianya menjadi satu motivasi sebelum melalui fasa ke’ibu bapa’an.
nak dapat kunyah free?
he. mana ada kunyah free.
yang ada adalah kunyah yang dicadangkan oleh para ustaz atau syeikh-syeikh yang mengajar kita. situasi sebegini adalah biasa bagi mereka yang sering mengikuti pengajian-pengajian atau rapat dengan mana-mana tokoh ilmu (terutama yang berbangsa arab).
mereka gemar memberikan kunyah untuk murid-murid mereka. dan mereka akan sentiasa dipanggil dengan kunyah mereka. ianya menjadi satu penghormatan bagi murid-murid dan menjadi satu motivasi untuk terus menuntut ilmu.
kunyah saya sendiri pada mulanya saya sendiri yang fikirkan. cuma dalam beberapa insiden, beberapa orang syeikh dan ustaz yang saya hormati tiba-tiba mencadangkan kunyah yang sama seperti yang saya ilhamkan. alhamdulillah, maka melekatlah kunyah abu umar setiap kali saya menuliskan nama saya di mana-mana.
tu belum cerita pasal nisab (ibnu itu, bintu itu) atau laqab (yang pakai al al tu). lain kali la kita kongsikan.
jangan bagi kunyah atas dasar gelaran yang buruk pada orang yang hakikatnya kita tahu akan menyakiti (hati) orang tersebut. abul bab (bapak pintu) atau umm kalb (mak anjing) dan sebagainya. ini termasuk dalam larangan memberi gelar buruk yang termaktub di dalam alquran, (surah alHujurat - 49:11) yang terjemahannnya ialah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
ingat tu!!
allahu a’lam
Abu Umar Ahmad Syarief ibn Fadhli alLibi
26 September 2008 bersamaan 26 Ramadhan 1429 H
Klang Gate
==> quiz untuk penonton di rumah; Apakah kunyah bagi Rasulullahu Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam??
rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Kunya_(Arabic)
http://www.darulkautsar.com/article.php?page=8&ArticleID=562
http://www.wahdah.or.id/wis/index.php?option=com_content&task=view&id=339&Itemid=192
http://sirah.al-islam.com/Display.asp?f=zad2092
Dari Jabir bin Abdullah r.a: Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kami mengenai (solat) alIstikharah di dalam banyak urusan sebagaimana Baginda SAW mengajarkan kami satu surah dari Al Quran. Baginda SAW bersabda: “Apabila salah seorang daripada kalian mempunyai satu keinginan, hendaklah dia melaksanakan solat dua rakaat, selain dari solat fardhu. Kemudian berdoalah:
Wahai Tuhan Kami! Aku beristikharah kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan dan kudrat-Mu. Dan aku memohon kepada-Mu dari limpah kebesaran-Mu. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa dan aku tidak berkuasa. Engkaulah yang Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui dan Engkaulah yang Maha mengetahui perkara-perkara ghaib. Wahai Tuhan kami! sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara itu adalah baik bagiku dan agamaku, kehidupan dan kesudahanku (atau dengan kata yang lain) pada perkara yang sedang dan yang akan mendatang, Maka taqdirkanlah ia untukku, permudahkanlah ia kepadaku, dan berkatilah kepadaku dengannya. Dan jika Engkau ketahui bahawa urusan itu adalah buruk bagiku dan agamaku, kehidupan dan kesudahanku (atau dengan kata yang lain) pada perkara yang sedang dan yang akan mendatang, maka Engkau jauhilah ia dariku dan hindarkanlah aku darinya. Dan berilah aku kebaikan dimana sahaja kebaikan itu berada kemudian Engkau redhailah aku.
________________________________________________________
1. Hadith Riwayat Bukhari
salam.. untuk mengelakkan kisah di profile hamba kelihatan penuh. jadi, hamba letakkan sahaja profile tersebut di bahadian blog untuk memberi ruang supaya hamba dapat meng’update’ profile hamba dengan perkembangan terbaru.. insyaAllah.
mempersembahkan..:
hamba telah dilahirkan jauh di tripoli, ibukota negara Libya (sebab tu letak nasab al-Libi).
waktu tu, ayahanda sedang melanjutkan pengajian dalam bidang bahasa arab. tak lama lepas lahir, berhijrah ke malaysia. so, hamba membesar di malaysia dari kecik sampai la sekarang. silsilah pendidikan boleh cek kat atas.
kedua ibu bapa berasal dari seberang. lebih tepat lagi, di daerah Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia. kira kampung hamba kat seberang la. demikian la setiap tahun kami berulang alik menziarahi sanak saudara (esp time raya). so, hamba ada kacukan identiti arab + melayu + indo (ye ke?).
takde la, kira alhamdulillah la dapat merantau sejauh tu. dapat lak survive menumpang kat negara orang. sambung study kat uia lagi. tak dapat pape bantuan kewangan sbb tak layak. nak wat camne kan.
tapi, yang pasti, setinggi2 syukur ke hadrat Allah dan juga atas pengorbanan yang dilakukan oleh kedua orang tua hamba (kerana berjaya mengharungi cabaran dan dugaan utk cuba membina kehidupan di negara asing).
tidak lah ada pada seseorang yang bergelar mukmin kecuali kebaikan baginya dengan bersyukur dengan setiap nikmat yang dikecapi dan bersabar dengan kekurangan yang ada.
apa lagi yang hamba perlu lakukan? mesti lah meneruskan usaha untuk berjuang dalam mencari ilmu, menyampaikan/berkongsi ilmu atas wasilah dakwah, menambah baikkan kehidupan kami sekeluarga agar lebih mendekati mardhatilLah, dan kelak menjejakkan kaki ke jannatul firdaus (amin ya Allah).
nak tak nak.. masalah, rintangan, halangan.. tak pernah akan lekang dari mewarnai kehidupan hamba (juga dlm kehidupan kita semua). demikian, Allah sendiri menyebutkan apakah kamu menyangka akan dibiarkan berkata ‘aku mukmin’ sedangkan kamu belum diuji.
banyak yang perlu dilakukan. tiada cara jalan selamat/pintas untuk mencapai matlamat akhirat. yang ada hanya jalan yang telah ditunjukkan dalam Quran dan Sunnah sebagaimana yang difahami oleh para salaf al-ummah (generasi terdahulu yang diiktiraf).
Latest Personal Update (since 30/5/08):
disebabkan ramai org suka tanya how’s life, apa citer dan sebagainya. maka, kolum ini disediakan bagi menjawab soalan2 tersebut.(he)
kehidupan hamba skrg ni sering berlegar di sekitar uia. masih bergelar mahasiswa. dan terlalu mabuk dengan dunia ilmu. jadi, hamba sedang cuba menyelesaikan baki satu sem utk pengajian kejuruteraan dan kemudian terus menyambung minoring dalam bidang sastera bahasa arab (jangkaan masa 1.5 tahun). so, mmg sengaja grad lambat sbb target sblum grad msti dah kuasai bahasa arab. doa2kan ya wahai sahabat2..
skrg masih dalam cuti semester berbaki sebulan lebih. walaupun cuti, kerja tetap banyak. trip2 berjalan diadakan. trip ke jakarta, program2 di tampin n fraser hill, dan hadir ke kuliah2 di uia dan sekitar kl. dalam masa yg sama juga hamba membuat Home Quran Tuition di sekitar Gombak (boleh tolong promote klu sudi ;p)
dalam masa yg sama juga hamba berkhidmat kepada sebuah syarikat konsultan, iaitu INTIS Consultant & Training yang diasaskan oleh beberapa orang senior di uia. pelbagai program2 besar menanti untuk memenatkan kepala otak hamba dan sahabat2 seperjuangan atas tujuan mencari redhaNya. insyaAllah..
itu je setakat ni. wslm (30/5/08)
continued..
dalam masa beberapa hari lagi hamba akan menamatkan pertapaan di Institut al-Qayyim. setelah mentepukan minda dengan pelbagai khazanah ilmu di dalam Daurah ‘Ilmiyyah selama hampir sebulan. semoga segala apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan demi kemaslahatan ummah.
seraya itu juga, hamba akan mula kembali ke kampus untuk meneruskan baki semester yang tinggal. subjek-subjek yang diambil: Machine Tool Technology, Production & Planning Control, Finite Element Analysis, Design 4 Manufacturing dan Desicion Science. Tak lupa juga hamba akan meneruskan perjuangan menyiapkan FYP Project bersama sahabat Abd Aziz Omar Bawazir (Yemeni Guy).
beberapa program juga akan segera menyusul seperti Seminar Methodologi Ulum Hadith (5&6 Julai 08), Latihan Kepimpinan Islam Muda (11-13 Julai 08), Induksi INTIS (26&27 Julai 08).. dan baanyak lagi.
benarlah seperti kata-kata hikmah yang pernah diceritakan oleh Kak Som (Kaunselor UIA),
“Hanya Orang Yang Sibuk Sahaja Yang Mempunyai Masa”
itu je setakat ni. wslm (2/7/08)
continued..
beberapa minggu telah pun berlalu. permulaan semester yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. mungkin kerana azam baru dengan pelbagai idea baru untuk menyampaikan mesej indah Islam.
di samping kesibukan di dewan-dewan kuliah, kelas-kelas pengajian agama tidak ditinggal. kuliah ar-raudhah baru-baru ini benar-benar memberi ruang paradigma yang baru memahami definisi jihad.
berlalunya E-Fest akan disambung dengan pelbagai lagi fiesta-fiesta yang bakal meng’hiruk-pikuk’kan UIA.. dan kemuncaknya adalah Convest. kita mendoakan agar segalanya berjalan lancar. dan bersama-sama lah kita pelihara taman ilmu dan budi ini dari pencemaran bunyi, bau, budaya hedonisme dan lain-lain. bukanlah diri ini bersih lagi suci daripada pencemaran-pencemaran tersebut. tapi, kalau mengharapkan kesempurnaan baru dilaksanakan tuntutan dakwah.. sampai bila-bilapun tak terlaksana kalau begitu.
Amanah-amanah Formal Yang Dipikul:
-Tutor CAD Sect 1 & 2
-Naqib Halaqah 1 Sect 1
Program-program:
-Baktisiswa Ma’ruf Club (25-27/7/08)
-Induction INTIS (2&3/7/08)
-Ta’lim Sunnah Siri II (20/9/08)
allahu a’lam
just my 2 cents (22/7/08)
continued..
mujahadah imtihani in progress..
Bang Bang Boom
1-Production Planning & Control (30/10/08)
2-Machine Tool Technology (31/10/08)
3-Finite Element Analysis (2/11/08)
4-Design For Manufacturing (10/11/08)
5-Final Year Project Presentation (18&20/11/08)
Program-program:
..tak masuk schedule lagi setakat ni, tengah sakit kepala dengan event kat atas. huhu!
allahu a’lam
just my 2 cents (26/10/08)
Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pulasangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahupengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cubamenangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepadaTuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surutmendadak dalam masa beberapa tahun.
Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wangpoketnya yang sudah lelah?
Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wangnegara. Wang itu, wang rakyat.
Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitandibanding wang persendirian yang dibelanjakan.
Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itutidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.
Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan dipasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.
Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?
Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.


